Sari
Teman terbaca artikel ni dari FB Dr. Zubaidi Hj. Ahmad...petikan dari akhbar Berita Harian..





Amacam kome? mesti kome pun suka minum 3-in-1 kan...teman pun sama...teman dok melayan 3-in-1 old town white coffee perasa hazelnut...sedap weh...sebelum ni ader gak layan kopi cocoa collagen...pun sedap jugak....tiap-tiap bulan pulak memang teman beli milo fuze 3-in-1 untuk anak-anak teman kat asrama tu...hermmmm...

Bila baca artikel ni, riso le sikit...banyaknya gula dalam sepeket...kalori pun banyak jugak weh...udah sama dengan 2 keping roti atau sepinggan nasi...cuma tak kenyang macam makan roti dengan nasi le kan...hahah..
 
Ater kalo dah ader ke-merbahaya-an dengan minuman ni, tak der ke apa-apa tindakan susulan ekk...kita pengguna ni mana le nak siasat detail menda-menda cenggini kan...kalo tak ader sapa yang kongsi info, mana le kita tau...memang sangat membantu le bila ader kajian dan komen dari pakar dietetik yang diiktiraf yang dapat berkongsi info pasal 3-in-1 ni (dalam artikel kat BH tu, sumber adalah daripada Pensyarah Program Dietetik, USM).

Nampaknya kena kurang-kurangkan mana yang patut...mungkin sehari satu pek atau seminggu 2-3 pek je...memang betui kot apa-apa menda yang segera mesti ader kesan sampingan...patut le orang dulu-dulu ader pepatah "bior lambat asal selamat"...hahah..apa kaitan? cehhh, macam tak kena je...macam tak paham je...:D

Sari
Teman nak kongsikan atau lebih tepat lagi copy paste catatan dari salah seorang sahabat sepengajian arwah Ahmad Ammar mengenai beliau...teman amik bulat-bulat ye...tak ader edit..(sumber FB)
Jom kita susuri secebis perkongsian yang sangat bermakna...seriously i'm touched :(

Cerita tentang Allahyarham Akhi Ahmad Ammar.

Bismillah...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Oleh krn rmai yg brtanya dan ingin mngenali lebih dekat siapa Al-Marhum Ahmad Ammar Bin Azam yg baru2 ini mnggemparkn ummah dgn pemergian beliau mnghadap Ilahi. Maka sy sbg sahabat spengajian beliau di Turki brasa brtanggungjwab utk mmperkenalkn serta mem 'promote' kn sgl kebaikan yg beliau prnah lakukn smasa hayatnya mudah2an ia dikira ilmu brmanfaat yg dtinggalkan beliau (yg mana pahalanya brterusan shingga kiamat). Harap kpd siapa yg baca, baca lah smp tamat. Maaf ia agak pnjang dan akan mngambil masa paling kurang 20 minit dgn bnyak ayat yg x trsusun.

Beliau ntara student Msia trawal ( beliau batch ke 2, sy ke-4 walaupun smp skrg student msia d Turki x smp 35 org pun) yg mlawan arus perdana apabila mmilih Turki sbg destinasi pngajian setelah SPM. Sbb tu kami pggil beliau Abg Long. Agak aneh, seorang yg pernah dinobat sbg pelajar kedua trbaik SPM 2010 di RMC dgn pencapaian 9A1 1A2 mmilih utk smbung d Turki, Negara yg sering dlabel sbg Negara eropah yg 'sakit'. patutnya beliau ke tempat yg lebih brprestij. dah la amb Turki, ingatkn amb medic ke, atau engineering, tgk2 amb sejarah, bidang yg sering diamb oleh student gred C dan D, sjarah Uthmaniyyah plak tu. MashaAllah. Bila prtama kali sy tnya beliau knapa pilih Turki dan amb sejarah. Jawapan beliau "Turki ni dulu prnah jd pusat Dunia Islam 600 tahun, xde kuasa dunia yg lg lama drpd tu, Negara lain pun respect n tunduk dgn Turki, knapa kita x bngga, tu sjarah kita. kita boleh kmbalikn balik sjarah tu. lpstu kita ni da blaja tinggi2 last2 org yg blaja lebih2 kurang plak control kita. sbb tu ana amb sejarah". Cukup trsentak dgn jawpan tajam beliau.

Beliau seorg yg sgt pndiam, tp skali beliau cakap, smua org nk dgr dan akan ingat ap yg beliau cakap. Beliau jg sgt susah nk gelak ketawa, tp skali beliau ketawa smua org ingat bila dan apa yg buat beliau ketawa. Beliau jgn haraplah nk brckp dgn perempuan, sgt kekok klu beliau dlm situasi trsebut. prnah skali beliau bwk student msia overseas yg dtg cuti d Turki dn kebetulannya perempuan, oleh krn beliau malu nk bg tahu kt perempuan trsebut, beliau call seorang sahabat kami yg amb master d Turki utk tlg bg tau perempuan tu apa yg dia nk bg tau. Padahal beliau ad dpan prempuan trsebut. MashaAllah begitu skali beliau mnjaga dirinya.

Beliau seorang yg sgt rajin menolong, klu ad prgrm ap2 d rumah, beliau org yg pertama smp utk bantu bentang tikar, sapu2, kadang2 masak dan hidangkan makanan. beliau jgla yg last skali balik sbb nk bantu gulung tikar, sapu2 balik, basuh pinggan dn bungkuskn makanan. Sungguh luar biasa akhlak serta tingkah laku beliau. Beliau sgt sopan santun, sgt brjaga2 ketika brtanya dn sgt brdisiplin. sbb beliau prnah ckp "dulu mse kecik2 mmng kuat ah main2 tp lpas masuk RMC mmng kna train habis". Sy cukup rapat dgn beliau dan keluarga beliau malah sy mngenali bapa beliau Hj. Azam sudah 10 tahun. mana tidaknya msa first time sy ngaji dpan org umur 8 tahun, atas prmintaan bapa beliau lah yg ketika itu masih Presiden ABIM, sejak itu lg sy aktif dlm prgrm ABIM dan WADAH sehingga kini. Sejak sy smp d Turki, klu sabtu ahad, sy akan prgi ke rumah beliau dkt Fetih Mahallesi (hari2 lain sy d asrama Turki) ,mkan sma2, beliau masak, brsukan, brdiskusi smp tulis kt whiteboard dan akan tidur d biliknya. ntara cara beliau ialah sbelum tidur dan bangkit dr tidur, beliau akan tepuk tilam dan baca 3 surah Qul, pd masa tu sy ingat mungkin dr sek. menengah lg kot dia mcm ni. Beliau sering tidur lewat krn mmbaca buku (buku2 nya bnyak yg dah ghabak dan bnyak tulisan menunjukkan yg mmng beliau mmbacanya). Bulan lpas, sy dminta utk bentang mngenai sejarah Uthmaniyyah di laman Univ. Terbuka Anak Muda (UTAM), beliaulah yg sy jdkn rujukn utama. beliau pun bg la buku2 dan article2 sbg prsediaan utk sy. Beliau jg cadangkn supaya setiap minggu mesti ad student yg akan present mngenai apa2 ikut bidang masing2.

Ketika Eid Adha yg lalu, kami (student Msia) brkump. brsama2 selama sminggu. dlm seminggu tu ad 1 hari full prgrm dr pg smp mlm. kami dibahagi2 ikut kump. Dtakdirkn Allah, kump sy dketuai oleh beliau. tp yg lawaknya nama kump sy yg beliau bg.oleh sbb beliau sgt suka Sultan Muhammed Al-Fatih, maka nama kump kami yg beliau bg ialah 'Fatih Var Mı?' yg brmaksud Fatih ade ke? sgt kelakar sbb nama kump kami soalan. Jd setiap kali nama kump kami dpanggil, smua akan ketawa trbahak2 trmasuk kami dn beliau sendiri. Tugasan kami adalah pg ke muzium Atatürk dn buat skit research. Dlm muzium itu, beliau seolah2 jd penceramah apabila sgl gambar2 yg ad dlm muzium trsebut beliau trangkn dgn detail lebih drpd petugas2 muzium trangkn pd kami.

Ad skali tu time mkan mlm d rumahnya, beliau crita pngalaman beliau smasa mngikuti misi kmanusiaan d Syria. Beliau kt,"Ana ni bukannya reti Arab". smua org yg mnyertai misi ini tahu bhs arab dn bila tentera Syria tnya dr mna dtg, mrk jwb Syria (walaupun bukan sbnrnya). bla smp turn beliau dtnya, beliau jwb Maliziya, trus x dpt masuk. Alhamdulillah beliau brjaya jg cari jln belakang dn masuk pd waktu mlm scara smbunyi. Sbelum bliau pg, beliau prnh kt "ana klu tgk prempuan2 Turki ni msti rsa mcm nk kena kwen da ni, x tau sbb apa". ketika beliau brmalam d wad hospital Syria , beliau trdgr bunyi bom yg sgt kuat, trus beliau mengucap dn brsedia utk syahid (krn salah satu tujuan beliau ke Syria jg adlah utk syahid). kemudian x de apa2 brlaku beliau trus tidur. Dlm tidurnya beliau brmimpi brtemu bidadari. Ketika hari terakhir beliau d Syria, beliau ad brtanya dgn sorang pemandu di Syria (kbetulan driver tu boleh ckp inggeris skit2) "knapa pemuda2 kt sini brani betul dn nk syahid" driver tu jwb "pemuda kt sini da x pandang da harta bnda dan wanita2, diorg sume hnya tggu syurga dn bidadari syurga, sbb tu diorg nk syahid". Beliau pun ceritakan apa yg beliau mimpi, driver tu kt "awak ni boleh mati syahid ni". Sekembalinya beliau ke Istanbul dgn slamat, kami pun (psl baru habis baca buku 'Kemenangan yg Tertangguh oleh sdr Hasbie Muda) gelarkn beliau 'Syahid yg Trtangguh'. Bila beliau cerita pd kami yg beliau mimpi. kami smua gelak dan kata, "nta ni kuat sgt brgurau". Namun hari2 berikutnya beliau mmng brubah, setiap kali beliau pndang prempuan, tiada apa2 yg drasainya. 'Ajeeb!!!

Prnah jg beliau minta pd sy, "nta tlg ngaji time ana kawen nnti ye" sy pun jwb smbil trsengheh "dah dkat ke? dgn org mna?" Beliau jwb "ana mintak ayah ana carikn, ayah nk cari org bosnia" ktanya smbil brseloroh. Beliau jg ckp "nnti klu kt ana meninggal kt sini pun nta tlg ngaji jg skit paling2 pun Qul huAllah pun ok la" sy pun jwb "x yah la ckp2 mcm tu".

Bbrp hari sblum beliau pergi mngahadap Yang Maha Esa, kami brtemu dlm satu majlis makan malam di Çamlıca. turut dhadiri oleh menteri pelancongan, Dato' Seri Nazri Aziz. Kbetulan bbrp hari sbelum itu pula, sy brkesempatan brtemu dgn Menteri Luar Turki, Dr. Ahmet Davutoğlu (nnti sy terangkn knapa sy selitkan nama Dr. Davut). Beliau tanya sy mcmna bleh jmp Dr. Davut sbb beliau nk sgt jmp dgnnya. Sy jwb Dato' Seri Anwar Ibrahim yg bwk jmp msa dia dtg Beşiktaş hari tu. Beliau kt Dr. Davut seorang yg sgt bijak. Gandingan EGD (Erdoğan, Gül, Davutoğlu) shj dah boleh gerunkn musuh2 Turki. Pd mlm itu beliau brcakap bnyak lebih dr biasa.

HasbunAllahu wani'mal wakeel, Wallahi x sy sangka2 itulah prtemuan perpisahan kami di ardhillah ini krn 2 hari slps itu, insan yg sudah sy anggap sprt abang dn murobbi tlh dpanggil mnghadap Tuhannya. Beliau prgi meninggalkn kami dan ummah buat slama2nya. Saat beliau ingin melintas d jln raya, kaki beliau trgelincir krn jln mmng agak licin, trus dlanggar sebuah ambulan kena bhg bahu bliau (faham2lah ambulan Turki laju mcmna). Kami trus ke hospital utk urusan forensik. Ibu bapa beliau tiba d airport pd besoknya dgn keadaan yg ckup tenang (sy x prnah melihat wajah setenang mrk yg baru shj kehilangan seorang prmata yg lebih awal dpanggil olehNya, malah beliau mrupkn satu2nya anak lelaki dlm kluarga). Sy masih x dpt trima hakikat ketika itu, ia sprt mimpi. Setelah jenazah dmandikn, kelihatan peluh msih ad pd wajah beliau. Sy knal muka beliau time tidur dn begitu lah wajah yg sama pd ketika itu, mmng rasa mcm nk kejutkn je. Namun Allah lebih mnyayangi beliau.

Ketika jenazahnya d solatkn di Masjid Ayyub Al-Ansaari, ribuan yg hadir. Pd ketika itu, saya yakin beliau seorang yg tiada musuh. Rakan2nya sama2 ponteng klas pd hari itu sbb lecture2 pun x dtg univ. smata2 utk brsama solatkn jenazah beliau. Saat dkebumikn di prkuburan Eyyüp Sultan Camii, rmai yg x sangka beliau boleh dtempatkn d situ (krn prkuburan tresbut jg ad maqam sahabat Rasulullah S.A.W, Abu Ayyub Al-Ansaari serta para mukminin yg lain, jd agak luar biasa klu org yg tiada kaitan dgn krajaan tmbahan pula foreigner utk dtempatkn d situ) MasyaAllah. Ketika itu, kwan2 univ. beliau turut mmakai lencana gambar beliau pd pakaian masing2. Dlm video ini, sbnrnya bukan sy djemput utk bc surah Al-Ikhlas (x sprt yg trtera dlm video), tp sayalah yg minta utk baca. Sy ckap dkat Hoca bhw Al-Marhum prnah minta sy bc pd msa ini. Sy pun baca surah Al-Ikhlas sbnyak 3 kali (dlm video tu kali prtama), kali ke2 dan ke 3 sy sebak dan x dpt menahan air mata yg mengalir mengenangkn prmintaan beliau smasa hayatnya yg pd masa itu sy fikir beliau brgurau. setelah selesai urusan pengkebumian, bapa beliau jmp dn kata pd sy smbil senyum "nnti bc lama2 lg", sy trdiam, hati sy kata pkcik ni x rsa sedih ke, sy lebih emosi dr bapa beliau ketika itu. Pd keesokan harinya, bapa beliau mndpt pnggilan telepon dr Dr. Davut yg turut mngucapkan takziah. SubhanAllah, siapa sangka org yg teringin sgt beliau nk jmp smasa hidup tp x brkesempatan. Namun saat beliau pergi turut mndpt pengetahuan org itu. Bbrp hari yg lalu, fakulti beliau d Univ. Marmara tlh menanam sbuah pokok yg dberi nama smpena nama beliau. Papan utama d Marmara Univ tertera "AHMET AMMAR, BİZ ÇOK SEVİYORUZ" yg brmaksud " Kami amat merinduimu Ahmad Ammar". Bapa beliau tatkala melihat suasana trsebut kata pd sy smbil mnggeleng kepala "ini bukan anak yg pkcik didik ni, mesti ad org lain yg didik dia smp ke tahap ini."

Last skali sblum beliau pergi, status terakhir beliau d FB surah Taubah ayat 111 yg mana Allah brfirman "Sesungguhnya Allah mmbeli org2 mukminin, diri mrk serta harta mrk dgn syurga" ckup mmberi kesan kpd sesiapa shj yg mmbcanya. Sy redha beliau tetap telah pergi. hnya ilmu, nasihat dan smangat yg beliau tggalkn pd sy. kalau dulu org sebut Fatih var mı? pasti akan ketawa trbahak2, namun kini kalau dsebut lg, hnya wajah beliau yg akan dkenang dan air mata akan mngalir. Rmai diantara kami ingat apa yg jd pd beliau akan mnjadi kerisauan ibu bapa d luar utk mnghantar anak2 mrk ke Turki. Namun kuasa Allah rupa2nya beliaulah pncetus dan pembuka mata kpd masyarakat utk mula mngenal apa itu Turki dsamping mnjalinkn hubungan yg erat ntara Msia dan Turki.

Sungguh, beliau hebat,hebat, mmng hebat!!!. Moga dgn hnya menonton video ini rmai lg pemuda2 yg akan mengikut jejak wira uthmaniyyah ini. Sy pasti dan akan slama2nya mencemburui beliau. "Abg Long Ammar Ağabey.Seni çok seviyorum". Doakan beliau dtempatkn brsama para mukminin.

Al-Faatihah.

MUHAMMAD BiN AHMAD ZAHiD
20/11/2013
İSTANBUL,TÜRKİYE
Sari

Sabtu lepas ader sale bawal Adijuma white label...motif kerawang dengan fun flower... sempat rembat ini je sebab ramai bebeno orang yang serbu...apapun pueh hati...10 hengget je kome :-D

Sari
Malam tadi banyak status di FB citer pasal kisah yang sangat menyentuh hati ni....serius sangat terkesan di hati teman bila nengok video yang berdurasi lebih 20 minit tu...sebagai seorang ibu, rasa sangat bertuah ibubapa arwah kerana dianugerahkan anak sebegini rupa....benarlah bahawa anak adalah harta tak ternilai dan hanya pinjaman semata....

Ahmad-Ammar-Ahmad-Azam


Siapakah gerangan anak muda istimewa ini? jom tengok video, kisah dan gambar-gambar beliau di AHMAD AMMAR AHMAD AZAM (melvister.com)

Rasa kagum yang teramat dengan kesungguhan dan semangat yang ditunjukkan oleh seorang anak muda yang mengunakan seluruh usianya dengan bermanafaat...memang layaklah tempatnya bersama para sahabat dan anbiya'...

Moga arwah dapat membawa ibubapanya ke Jannah yang abadi....aminnnn

Moga kita mampu mendidik anak-anak menjadi syahid begitu...aminnnn

Moga akan muncul ramai lagi AHMAD AMMAR.....aminnnn 

*teman sampai termimpi-mimpikan video tu...huwaaaa :((

Sari

Thank you so much to all my sayangs #belated#speechless #priceless :-D

Sari
Abih dah seminar yang teman war-warkan aritu...lega benor bila mission accomplished...dapat le jugak kumpul lebih 100 orang peserta...selain Perak..Selangor, KL, Kedah, Kelantan & Terengganu pun ader antor peserta...ok le tu kan kak ton :-P
Tahniah & timakasih pada semua urusetia yang menjayakan seminar ni...kome memang sempoi :-)
Anyway, menda yang menarik masa seminar tu ialah coklat homemade yang dijadikan goodies...elok je tak cair...perasa oreo lagi...dibalut plak dengan nama seminar & nama jabatan kitaorang...memang ramai puji sedap & menarik...rasa nak makan lagi kan kome...
O ye, pada yang demam-demam lepas seminar tu,moh kita telan ubat sesama...pastu kita pekena lagi ikan sembilang mak mah...slurppp :-D

 
Sari


Besday sape esok??? Ni ha....ader kek sedap yang bagi diskaun sampai 16 hengget...teman baru je lepas besday 2 hari lepas tapi takde kek apapun...idak le celebarate apa sebab tengah sibuk nak berseminar...tapi tetap happy sebab kengkawan tak lupa wish, hug-hug and muah-muah...*mujor tak kena prank*

O ye...nak citer balik pasal kek...esok sempena anniversary Secret Recipe yang ke 16, maka nya dema nak bagi diskaun RM16 untuk semua jenis kek pada 16hb...esok le tu kome...sehari je tau...aduhhh, terlior le teman cenggini...kira banyak juga diskaunnya...dari RM82 jadi RM66...rasa mau outlet SR kena serbu ni...

Selamat mencuba nasib ye...




















Secret Recipe is offering RM16 OFF for any whole cake purchased in celebrating  16th Anniversary sweet deals promotion.
The promo is a RM16 DISCOUNT given to any Whole Cake purchase. Meaning, for Pen. M’sia Whole Cake normal price of RM82+ less RM16 OFF for standard cakes = RM66+ or RM120 less RM16 OFF for premium cakes = RM104+
Promotion Period : 16 November 2013 (One day only)
Venue : All Secret Recipe outlets in Malaysia except KLIA, PPUM and PGIA.
- See more at: http://www.malaysiafreebies.com/secret-recipe-whole-cake-rm16-promotion/#sthash.EC5O1C70.dpuf
Secret Recipe is offering RM16 OFF for any whole cake purchased in celebrating  16th Anniversary sweet deals promotion.
The promo is a RM16 DISCOUNT given to any Whole Cake purchase. Meaning, for Pen. M’sia Whole Cake normal price of RM82+ less RM16 OFF for standard cakes = RM66+ or RM120 less RM16 OFF for premium cakes = RM104+
Promotion Period : 16 November 2013 (One day only)
Venue : All Secret Recipe outlets in Malaysia except KLIA, PPUM and PGIA.
- See more at: http://www.malaysiafreebies.com/secret-recipe-whole-cake-rm16-promotion/#sthash.EC5O1C70.dpuf
Sari

Arini nak ke Tepen (Taiping)...esok ader Seminar OSC kat Bukit Jana Golf Resort...ader teman hapdet prominya aritu...

So harap semuanya lancar...aminnn

*nak makan kueyteow doli,popiah basah,mee udang,kari ikan sembilang,ketam lembut...uishhhh nafsu :-P*

Sari
Minggu ni minggu akhir sesi persekolahan 2013...dah nak cuti panjang ye anak-anak...seronok bebeno le mengkome...rehat sakan le tu...*dah terbayang umah teman akan jadi macam kapal Titanic :p*

Dah nak abis sekolah ni, maka masa ni le cikgu-cikgu sibuk buat hari anugerah cemerlang...hari pengiktirafan pencapaian anak-anak murid untuk sepanjang tahun 2013...kalo tadika siap namanya hari konvokesyen lagi...semangat dema berjubah bertopi bagai...kalah yang belajor kat sekolah rendah dengan menengah...harapnya bior le dema dapat pakai jubah konvo tu sampai besor :p

Anyway, semalam hari anugerah cemerlang untuk anak teman yang tadika (5 tahun)...ajer dia tak sabor nak pegi...majlis buat kat taska dekat umah je...boleh le antor dia dulu sementara teman settle kan kerja-kerja umah...katanya dia ader buat persembahan tapi tak nak bagitau persembahan apa...hamboi-hamboi..surprise ke Amni?

Rhopenya kelas dia buat persembahan choral speaking dengan nyanyian...haha...belasah je le Amni...macam-macam style cakap ader...janji ader bunyi speaking London suda...yang penting dema enjoy ateh pentas walaupun ader yang muka nak nangeh, muka blurr, muka over...tak kisah le, janji berani naik pentas...kalo suruh teman, belum tentu boleh buat macam dema tu...hihi...thank you teacher Azie :D

Settle Amni, lepas ni hari anugerah Afza pulak...minggu ni katanya...Rabu kat sekolah kebangsaan, Khamis kat sekolah agama...ater hari koje weh...mana nak pegi nya...tambah plak Rabu Khamis ni teman ader seminar kat Taiping...memang tak dapat le nak datang...sian Afza...semangat dia tunjuk report card sambil senyum macam comel je...macam nak hadiah je...hahah...ololo...kena beli hadiah le nampaknya...hadiah satu Zoo Taiping boleh??? heheh

Yang sekolah menengah idak le plak ader kabo bila hari anugerahnya...tahun depan kot...maklum le, SPM tengah berjalan...tak nak ader gangguan...

Apapun, tahniah buat semua anak-anak yang berjaya sepanjang tahun 2013....terimakasih kerana buat mak ayah dan cikgu-cikgu bangga dengan pencapaian kalian...yang penting usaha, doa dan tawakkal :D






Sari
Teman dah tengok video kes dera ni kat FB...ajer geram betui kat orang yang pukui tu...budak-budak tu elok je diam...tak buat perangai pun...ishhhh, tak tau le nak cakap camana...sedey kome kalo kena kat anak sendiri : (

Kabonya pemilik taska dah serah diri semalam dan ditahan reman di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPPKKL)....sebelum ni wanita tu, Puan R**** dengan suami dan 6 anaknya menghilangkan diri bila tau video tu disiarkan kat Buletin Utama TV3...sebelum tu ader kuar kat paper Metro Ahad 3 November...

Dalam pada tu, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dah hantar salinan notis tutup taska pada 4 November 2013...taska tu tak boleh beroperasi selama 21 hari dan perlu dapatkan perakuan pendaftaran taska untuk beroperasi semula...untuk makluman, taska tu tak berdaftar dengan JKM dan gagal mendapat kebenaran Jabatan Perancangan Bandar DBKL...

Anyway, kalau tak ader kamera tu, sampai sudah tak tau yang budak-budak dah kena pukul kan...selalunya instict/gerak hati ibubapa pada anak-anak tu betui...mesti ader sebab kalau anak tetiba berubah sikap...jadi pendiam, penakut, menangis dan lain-lain perangai yang tak macam biasa...jadinya kita kena peka dengan sebarang perubahan samada fizikal atau mental pada anak-anak....

Disebabkan satu dua taska yang bual hal cenggini, mesti ader mak ayah yang rasa ragu-ragu nak hantar anak ke taska...tak semua taska cenggitu ye kome...macam teman, alhamdulillah...tak ader masalah langsung dengan taska...anak-anak teman dari habis pantang sampai le ke tadika...semua hantar taska yang sama...memang terhuang budi sangat dengan taska tu...dah berbelas tahun beroperasi...tak pernah la dengar masalah-masalah besar...sikit-sikit tu biasa la...kadang tu mak ayah yang cerewet...tak boleh terusik sikit anak dema...sapa tak sayang anak kome oiii....heheh

Apapun, rezeki memasing dapat taska yang ok atau tak...kadang ok pada kita, tak ok pada orang lain...pada teman, apa-apa hal pun bawak berbincang...budak-budak ni pun kadang depan mak ayah bukan main baik je ropenya...belakang kita tak tau le apa perangai yang dah dibuatnya...kadang tu pengaruh kengkawan kat taska...kawan cakap apa, buat apa, dema follow je...budak-budak kan senang menyerap...setakat kena marah atau tegur tu jangan le amik hati sangat...silap-silap kalau dengan kita dah kena rotan bagai....

Pada yang diamanahkan untuk jaga anak-anak kecik ni, bersabarlah...mereka masih tak tahu menilai mana yang baik dan mana yang buruk...walaupun mereka masih kecil tapi mereka juga ader hati dan perasaan....bayangkan kalau orang buat perkara yang sama pada anak-anak kita, anak-anak sedara kita...

Pada mak ayah, jangan terlalu mencari kesempurnaan sebab kita pun bukan ibubapa yang sempurna...berilah sedikit kepercayaan pada orang lain...kita masih saling memerlukan....peace :D

Sari
Semalam kankemain hot laman web JPA...menderu-deru penjawat awam yang terlibat dengan pekeliling baru masuk web tu...sampai ader yang tak boleh bukak...

Udah abih baca ke pekeliling tu kome?...teman udah print tapi idak le paham sangat citernya...kena ader pencerahan nampaknya....anyway, penantian yang lama dah hampir ke penghujung....terimakasih pada yang tak jemu-jemu memperjuangkan nasib skim J (kejuruteraan)...lepas ni kena keje lebih efisien lagi...sesuai dengan kenaikan gred dan gaji yang dibagi...peace...

Pada yang nak jenguk laman web JPA..boleh klik jpa.gov.my

Lepas tu  tengok senarai 27 pekeliling kat SINI... pilih le mana yang kena mengena dengan jawatan kome..

Kalau nak tengok jadual gaji minimum - maksimum plak, klik SINI

Baca ye mengkome..tau sikit pun jadi...harapnya akan ader taklimat dari pihak yang lebih arif..tak der le kompius sini sana...maklum le, baca yang sama tapi pemahamannya lain-lain....

Pada yang tak terlibat, jangan marah-marah ekkk...kita sama-sama penjawat awam...semuanya penting dan menyumbang...




Sari
Akhirnya tirgoda jugak dengan iklan "kesedapan yang tak terkata"...
Minggu lepas le ni...ader orang nak belanja KFC, apalagi..rezeki-rezeki...bertambah melimpah rezeki bila cheezy wedges tu staff KFC yang belanja...olala...

Teman ni selalu kalo oder KFC amik yang original je..jarang bebeno nak oder hot & spicy...bukan tak suka pedas tapi ntah le...tekak kampung girl kot...hahah, tak boleh blah...pedas memang feveret weh...baru le puas makan kata orang kan...

Jadinya nak le try perasa baru ni...iklan kankemain kat tv dengan radio...betui ke sedap sampai speechless...memang tak sabor nak makan...pejam je mata kat perasa original tu...teman derhaka jap tau...

So bila makan, not bad la..tak le pedas sangat pun..rangup-rangup lembut gitu...nak explain camana ek rasanya? kome try je le sendiri..lain orang lain tekaknya kan...cuma teman suka ayor oren tu...membalancekan rasa ayam...teman pun memang tak berapa gemor dengan ayor gas so molek bebeno le dapat ayor bukan gas...heheh

Apa kata kome plak cuba makan KFC crazy crunch ni....tengok menjilat jari ke idak :P 

 
Sari
Hari ni dah 30 Zulhijjah...bulan terakhir kalender Hijrah...esok dipanjangkan umur, kita melangkah lagi ke bulan baru dan tahun baru....Muharam 1435

Mesti rasa sekejap je masa berlalu...rasa macam baru je update entri doa akhir tahun dan doa awal tahun...itu le doa yang setiap tahun kita tadahkan...memohon moga diampunkan dosa dan diterima taubat kita untuk sepanjang tahun yang lalu...

Di kebanyakan surau dan masjid, petang ni selepas Asar biasanya akan dibacakan doa akhir tahun ni...pada yang berkesempatan, bolehlah berjemaah di surau dan masjid...pada yang tak sempat, boleh je berdoa sendiri di rumah...waktu doa adalah selepas Asar hingga sebelum Maghrib akhir bulan Zulhijjah...digalakkan dibaca sebanyak 3 kali...wallahualam


Lepas Maghrib, bolehlah dibaca doa awal tahun...pun 3 kali jugak...memohon dipelihara dari syaitan dan sekutunya serta diberi pertolongan mendekatkan diri kepada Pencipta...




Marilah sama-sama kita berdoa agar dipermudahkan segala urusan yang baik...mengambil manafaat serta iktibar dari peristiwa-peristiwa penting di bulan Muharam...inshaAllah...aminnn!!!!

 




















Sari

Hari ni 02.01.13 cuti umum...cuti Deepavali..teman balik kampung...ader kenduri...makcik teman menikah pagi tadi...yeayyy

Seronok berkumpul lagi dengan kaum kerabat...semua urusan kami-kami je yang handle...yang jadi mak andam, tukang gubah, katering sampai la ke cameraman, semuanya sepupu-sepupu dengan anak-anak buah teman yang buat...teman jadi tukang bagi bunga telur dengan goodies je...perasan macam anak dara uollss..hahah...

Anyway, selamat pengantin baru ye makcik...moga bahagia hingga ke Jannah...seronok le opah teman dapat menantu lagi di usia 100 tahun ;-)