Sari
Image result for sibuk Ogos nak abis dah. Bulan yang super duper bizi.  Akan bertambah bizi sampai bulan Oktober.

Ala..orang lain pun bizi jugak kan. Ok, tak nak merungut. Just follow the flow.

Moga diberi kekuatan dan ketabahan mental juga fizikal.

Selamat Hari Merdeka.

#pinjambahu
#letitgo




Sari
Sabtu lepas ofis teman buat aktiviti kelab. Kali ni ke Gua Gendang, Pengkalan Hulu. Sebelum ni kami dah ke Gua Tempurung & Gua Kandu kat Gopeng.

Cuaca ok. Tak hujan malam sebelumnya so air dalam gua tak tinggi. Kalau hujan ayor naik & alamatnya hapus le teman yang tak cukup tinggi ni. : D

Ikutkan pakej yang kami amik makan masa lebih kurang 5 jam. Tapi sebab kekangan masa tak dapat la nak ikut pakej tu.  Kami pun sampai agak lewat (perjalanan Ipoh-Pengkalan Hulu) pun dah lebih 2 jam. Rasa jauh pulak bila naik bas. Kenapa kenapa...hahah

Tak puas jugak explore sebab dah rasa adventurenya masa masuk Gua Tempurung dengan Gua Kandu dulu. Tapi tak pe, kena ikut situasi plus nasihat pakar. 

Apapun, semua berjalan lancar & dipermudahkan. Dapat la dengor bunyi macam gendang dari dalam gua. ooooo, patut la dipanggil Gua Gendang.  : D

Yang penting seronok dapat merasai alam, mencabar & menginsafi diri. Keluar dari zon selesa & melihat kebesaran Ilahi. 

Turun gua guna tangga kayu goyang, randuk ayor, naik bukit, turun bukit. Gua yang gelap dan sejuk. Ada mata air yang boleh terus diminum. Nyaman. Eh, ader pacat. Dah mandi baru perasan kena sedut. Huwaaaa..

Keluar gua, pegi tempat mandi yang ader ayor paneh. Di hidang pulak dengan sayur lemak rebung, sambal ikan dan kerabu kerang. Perghhhh, sedap bak hang. 

Dah wangi, boleh la balik. Boleh tido nyenyak dalam bas. The next 2 and half hours journey.

Timakasih & tahniah semua. Next time kita jelajah lagi.

Jom layan gambo yang diketik oleh abam gambo amatur. Tq shuben : P

 
#teamsukanekstrem
#kesubajpbdperak